Kolej Matrikulasi Melaka
Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) seluas lebih kurang 85 ekar terletak di Londang, Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka, Malaysia. Kolej ini telah siap dibina pada 1 Jun 1999. Sebanyak 61 orang staf kolej telah mula bertugas mulai tarikh tersebut dan pengambilan pelajar sulung sesi 1999/2000 bermula pada 19 Julai 1999. Kolej ini ditubuhkan dengan matlamat Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai asas sebelum memasuki alam universiti.