Kompleks Falak Al-Khawarizmi
Kompleks Falak Al-Khawarizmi merupakan sebuah kompleks ilmu falak yang terbesar di Malaysia terletak di Tanjung Bidara, Melaka. Kompleks ini dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Melaka dalam usaha untuk mengembangkan ilmu astronomi ke dalam masyarakat. Kompleks ini mengandungi Balai Cerap, Planetarium dan Pusat Latihan yang menyediakan kemudahan-kemudahan penginapan, bilik mesyuarat, bilik kuliah, auditorium serta aktiviti-aktiviti pelancongan astronomi seperti lawatan galeri pameran, tayanagan, cerapan hilal, cerapan matahari dan cerapan langit malam.