Pantai Tanjung Bidara
Pantai ini terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah dan 2 km dari Kem Terendak merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka. Menara Kawalan Pantai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut terdapat di sini bagi membantu orang ramai yang mengalami kecemasan sewaktu mandi di Pantai Tanjung Bidara. Pantai kegemaran ramai ini juga turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta, padang permainan kanak-kanak, surau, medan selera, tandas awam dan bilik mandi untuk keselesaan para pengunjungnya.