MENU

Sistem ini memudahkan pengguna menyemak cukai taksiran dan kompaun parkir. Cukai taksiran atau cukai  pintu   adalah cukai yang dikenakan terhadap semua pegangan atau harta tanah di kawasan MPAG. Manakala kompaun parkir adalah kompaun yang dikenakan ke atas kesalahan berkaitan parkir di kawasan MPAG.    

Sistem ini memudahkan pengguna dengan menyediakan kemudahan sewaan terhadap permohonan, semakan dan pemakluman. Permohonan dibuat secara online. Senarai harta yang kosong dipaparkan dan mudah dipilih. Manakala,semakan permohonan secara online.Pemakluman terus melalui SMS.

Sistem Aduan Awam Bersepadu (SAAB) ialah sistem yang menyediakan perkhidmatan melaporkan aduan di Majlis Perbandaran Alor Gajah.

  • OSC Atas Talian : e-Pemprosesan
    Digunakan oleh Urusetia OSC, AT Dalaman, AT Luaran, Jawatankuasa OSC dan Pentadbir Sistem.  Sistem ini diterima daripada KPKT dan merupakan antara enam (6) PBT peristis yang terpilih untuk menggunakan sistem ini bagi fasa pertama. Ia digunakan bagi permohonan perancangan dan pembangunan secara atas talian. Untuk maklumat lanjut mengenai OSC Atas Talian, sila klik DISINI.
  • OSC Atas Talian :  e-Penyerahan
    Digunakan oleh "Prinsipal Submitting Person"(PSP), "Submitting Person"(SP), Pemilik Projek, Pemaju Projek dan Orang Awam. Sistem ini diterima daripada KPKT dan merupakan antara enam (6) PBT peristis yang terpilih untuk menggunakan sistem ini bagi fasa pertama. Ia digunakan bagi permohonan perancangan dan pembangunan secara atas talian. Untuk maklumat lanjut mengenai OSC Atas Talian, sila klik DISINI.
     
  • e-iklan

Permohonan iklan secara atas talian merupakan kemudahan kepada pengguna untuk melihat dan menempah iklan di lokasi Alor Gajah, Masjid Tanah dan Pulau Sebang di mana pengguna mempunyai pilihan A mahupun pilihan B.

  • e- Maklumbalas
    Sistem ini membolehkan pengguna mengemukakan cadangan, aduan, pendapat, sokongan, penghargaan, pertanyaan, dan lain-lain berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh MPAG. Pengguna boleh menyemak maklumbalas daripada MPAG melalui sistem ini.
  • Sistem Pengurusan Aduan Awam
    Sistem ini dibangunkan oleh kerajaan Negeri Melaka bagi pemantauan aduan awam bagi setiap agensi.
     
  • Harga Barang Kawalan
    Pricewatch membantu pengguna merancang perbelanjaan secara bijak dengan membuat perbandingan harga dan mengetahui premis berhampiran yang menawarkan harga barangan berpatutan.
  • e-Rating
    Sistem ini diterima daripada MAMPU dan digunakan untuk memberi maklumbalas terhadap perkhidmatan di kaunter. Ia dipaparkan di laman web MPAG bagi demontrasi mana-mana agensi yang berminat menggunakan sistem ini.
Kemaskini Terakhir: Rabu, 2 Disember 2020 - 9:03am