MENU

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada anak Negeri Melaka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan berikut:-

  1. AKAUNTAN (GRED WA41)

  2. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG (GRED L29)

  3. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP (GRED JA29)

  4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

  5. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP19

 

CARA-CARA MEMOHON :

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah yang boleh didapati secara PERCUMA di Kaunter Majlis Perbandaran Alor Gajah pada waktu pejabat.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, sijil kelahiran, gambar terkini berukuran pasport serta lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan

Ijazah/Diploma/Sijil yang digunakan dalam permohonan ini perlu mendapat pengiktirafan  kelayakan di Kementerian Pendidikan Tinggi melalui laman web https://www.app.mohe.gov.my/iktiraf/ dan melampirkannya bersama borang permohonan.

Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat (Tetap dan Kontrak) hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi disertakan bersama.  

Borang permohonan  yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirim atau datang sendiri ke Majlis Perbandaran Alor Gajah seperti alamat   berikut :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
JALAN DATO’ DOL SAID
78000 ALOR GAJAH, MELAKA

 

TARIKH IKLAN DIBUKA            :   27 FEBRUARI 2017 (ISNIN)
TARIKH IKLAN DITUTUP          :  13 MAC 2017 (ISNIN)

LINK BORANG JAWATAN : http://www.mpag.gov.my/ms/mpag/sumber/muat-turun-borang/jawatan

Kemaskini Terakhir: Rabu, 2 Disember 2020 - 9:03am