MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC) MPAG BIL. 16/2019
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil. 16/2019 akan diadakan pada ketetapan berikut:
TARIKH | : | 6 OGOS 2019 |
MASA | : | 9.30 PAGI |
TEMPAT | : |
BILIK MESYUARAT UTAMA MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH |
3. Oleh yang demikian, Majlis dengan segala hormatnya menjemput YBhg. Dato'/Tuan hadir ke mesyuarat seperti tersebut. Bersama-sama ini, disertakan Agenda dan Kertas Permohonan Pembangunan Baru yang akan dibentangkan di dalam mesyuarat ini untuk tindakan dan ulasan YBhg. Dato'/Tuan.
4. Kerjasama YBhg. Dato'/Tuan untuk menghadirkan diri ke mesyuarat ini kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
"MELAKA BERWIBAWA"
"PINTAR,HIJAU, BERSIH"
"ALOR GAJAH DINAMIK - PROGRASIF - HOLISTIK"
Daripada : Urusetia OSC MPAG