Majlis Penyampaian Hadiah Fire X Ride Jamboree Kali Ke-6 Tahun 2016 yang disempurnakan oleh YB Datuk Hjh Mas Ermieyati bt Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia. Hadir sama, YB Datuk Hjh Norpipah bt Abdol Timbalan EXCO Belia & Warisan Negeri Melaka merangkap ADUN Kawasan Rembia. Sekalung ucapan terima kasih kepada pihak Cycle X MTB, Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri, para peserta Jamboree serta semua pihak yang menjayakan program ini. Jumpa lagi pada edisi khas tahun 2017.