Perhimpunan Bulanan MPAG Bil 2/2017 yang berlangsung di perkarangan Bangunan Utama, dihoskan oleh Unit Undang-undang MPAG. Turut diadakan, Majlis Perasmian Pelancaran Program Anti Rasuah Tahun 2017 yang disempurnakan oleh YB Datuk Hj Sazali bin Muhd Din Timbalan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan & Alam Sekitar Negeri Melaka merangkap Pengerusi Jawatankuasa Wang Awam Negeri Melaka. Hadir sama, YBhg Tuan Abu Talib bin Othman Pengarah SPRM Melaka.