Detik cukup bersejarah buat penganjuran kayuhan basikal Fire X Ride Eco Challenge 2017 yang berlangsung di Dataran Keris tahun ini. Jumlah penyertaan mencatat 2,113 pengayuh basikal bagi kategori Jamboree dan Eco Challenge Epic dan semestinya pencapaian Malaysia Book Of Records (MBOR) bagi Longest Mountain Bike Off Road Track 120 Kilometre. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas buat CycleX MTB dan semua pihak yang memastikan kelancaran acara sukan bersempena UEA Melaka Summit 2017.