MENU

Rumah Tradisional

  

Rumah tradisional Melayu ini yang mempunyai keindahan dan keunikan seni bina rumah-rumah masyarakat silam yang diangap sebagai bayangan reka bentuk Istana Kesultanan Melaka pada abad ke-15. Kebanyakan rumah tradisional ini dibina menggunakan kayu yang terbaik dan terpilih dengan konsep rumah bertiang, berlantai tinggi dari tanah, berbumbung lipat kajang dan bertebar layar. Rumah tradisional Melayu yang asli di Melaka dikenali sebagai Rumah Melaka, dan bentuk bumbungnya panjang. Pada bentuk bumbungnya juga terdapat unsur-unsur senibina Bugis, Jambi, Riau dan Minangkabau, dan tangga batunya yang bersalut jubin memperlihatkan pengaruh senibina Cina.

Malaysia
2° 20' 46.3308" N, 102° 5' 41.1144" E
MY
Category: 
Kemaskini Terakhir: Rabu, 2 Disember 2020 - 9:03am